Lemak dan gula – bagaimana ia digunakan?

Badan memerlukan tenaga untuk berfungsi dengan baik. Tenaga boleh diperolehi daripada makanan atau dari simpanan dalam badan. Makanan yang dicernakan akan ditukarkan kepada tenaga untuk digunakan terus dan akan disimpan jika berlebihan,

Ada dua cara badan menyimpan tenaga.

1. Glycogen dalam hati
2. Lemak di badan

Bila kita makan makanan yang mempunyai carbohydrate atau protein (berlebihan), kadar insulin badan akan naik. Carbohydrate akan ditukarkan kepada glucose dan akan digunakan oleh organ dan tisu badan untuk tenaga. Glucose berlebihan akan disimpan dalam bentuk glycogen dalam hati. Apabila glycogen disimpan sudah penuh dihati, glucose tidak lagi dapat disimpan di dalam hati dan ia akan tukarkan sebagai lemak, dan disimpan di adipose tissue sebagai ‘long-term storage’. Bila badan memerlukan tenaga sewaktu kita tidak makan (berpuasa), badan kita akan memecahkan glycogen kepada glucose dan digunakan untuk penghasilan tenaga.

Jadi, kedua-dua sistem penyimpanan ini bekerjasama memberi tenaga untuk badan. Glycogen adalah mudah dan senang untuk digunakan sebagai tenaga, tetapi terhad di ruang simpanan di hati. Lemak badan lebih sukar untuk ditukarkan, tetapi ruang simpanannya tidak terhad.

Anggap glycogen sebagai duit di dalam dompet dan lemak badan sebagai duit di dalam bank. Kita dompet yang berisi duit kemana-mana untuk membeli barangan, dan bila duit dah habis, kita keluarkan duit daripada bank simpanan. Begitulah proses bagaimana tenaga digunakan.

.