3 KOMPONEN PENTING (Karbohidrat, protein, dan lemak) – bagaimana ia dicernakan

Semua makanan terdiri daripada gabungan tiga komponen utama, yang dikenali sebagai makronutrien:

1. Karbohidrat
2. Protein
3. Lemak

Setiap makronutrien ini terdiri daripada unit yang lebih kecil.
Karbohidrat adalah rantai glucose dan gula lain. Protein adalah rantai
amino acid. Lemak adalah rantai asid lemak(Fatty-acid). Terdapat juga komponen lain seperti vitamin (A, B, C, D, E, K dll) dan mineral (iron, copper, selenium etc.), dikenali sebagai mikronutrien.

Proses pencernaan memecah makronutrien untuk penyerapan ke dalam aliran darah. Ini memberikan tenaga (kalori) dan bahan mentah yang diperlukan (protein, lemak) untuk membina sel.

Makronutrien Penting

Makronutrien tertentu mesti diperoleh dari makanan kerana ia tidak dapat dihasilkan oleh badan dengan sendiri. Ia dipanggil essential amino acid (seperti arginine dan leucine) dan essential fatty-acid (seperti omega 3 dan omega 6), tetapi tidak ada essential carbohydrate. Tanpa nutrien penting(amino acid & fatty-acid) ini, kita boleh jatuh sakit.

Setiap tiga makronutrien dimetabolisma-kan secara berbeza. Karbohidrat, rantaian gula seperti glucose dan fructose, dipecahkan kepada gula berasingan untuk penyerapan. Refined carbohydrate Karbohidrat halus (misalnya tepung, nasi, roti putih) diserap
lebih cepat ke dalam aliran darah berbanding unrefined carbohydrates yang mungkin masih ada mengandungi sejumlah besar protein, lemak, dan serat. Dietary protein terdiri daripada komponen yang disebut amino acid dan semasa pencernaan ia dipecah menjadi ‘amino acid’ kecil ke hati, di mana ia digunakan untuk memperbaiki dan membina semula ‘cell’ protein.

Amino acid ini TIDAK boleh digunakan sebagai tenaga. Ia digunakan
untuk membina protein seperti sel darah, tulang, otot, connective tissue, kulit dll. Tetapi, jika anda makan protein yang berlebihan, tubuh tidak mempunyai cara lain untuk menyimpan amino acid tambahan. Sebaliknya, ia diubah menjadi glucose oleh hati. Dianggarkan 50-70% protein yang ditelan berubah menjadi glucose.

Lemak terdiri daripada molekul yang disebut triglyceride. Pencernaan lemak memerlukan hempedu untuk mencampurkan dan mengemulsi lemak makanan supaya lebih mudah diserap ke dalam badan. Lemak diserap terus ke dalam sistem limfa yang kemudian dibawa ke aliran darah. Triglyceride diambil oleh sel-sel lemak (adipocytes). Oleh kerana ‘dietary fat’ tidak perlu disimpan di hati, ia tidak memerlukan insulin sebagai isyarat. Oleh itu, lemak makanan hampir tidak mempengaruhi tahap insulin.


Zamir’s Pick

Every 1-2 weeks, I’ll send you FREE dietary and health tips right to your inbox. Do you want to get a weekly digest from me?